Wednesday, August 26, 2009
RAHSIA DI SEBALIK WARNA BUNGA ROS
Hari ni teman lelaki korang bagi bunga ros dekat korang..hati korang punye la berbunga2 dan bahagia bila dapat bunga especially dari orang yang korang sayang..tapi pernah tak korang tahu maksud dan misteri di sebalik warna bunga yang korang dapat tu :) let's check it out!!!
Ros Merah
Memberi makna cinta, penghormatan, keberanian, kesungguhan bekerja dan yang paling penting keikhlasan hati menyintai seseorang. Keunikkan pandangan lembut pada lapisan-lapisannya dapat menghangatkan suasana serta wangiannya yang emm menyentuh perasaan.Ia juga bermaksud si dia mencintaimu setulus hati dan ingin bersama selamanya.
Ros Kuning
Si dia mahu kamu menjadi sahabatnya atau ia menandakan perasaan cemburu terhadap kamu.
Sifat ‘innocence’ dan keaslian, diam penuh muslihat,kegembiraan..serta untuk merakamkan rasa ambil berat pada seseorang. Rasa cinta yang ada dalam dirinya adalah cinta sejati dan sesuci ros putih itu.
Ros Merah Jambu
Merah jambu terang - rasa emm mengagumi dari jauh, simpati, kelembutan dan kemanisan
Merah jambu pekat - kepekatan ini membawa maksud ungkapan ‘terima kasih’ tanda penghargaan.
Ia juga bermaksud kamu adalah cinta pertama si dia dan ini menjadi rahsianya sejak sekian lama. Maknanya kamu adalah insan yang menjadi idamannya selama ini.
Ros Oren
Kuning dengan bewarna kemerahan pada hujungnya - persahabatan,emm dan jatuh cinta..
Oren - Keinginan serta kesungguhan..khasnya untuk sesuatu ataupun seseorang.
Gabungan kesemua warna-warna-membawa erti..segalanya adalah demi..emm yang menerima bunga inilah..Bunga Ros yang diberikan secara sekuntum bermaksud ungkapan klasik ‘Aku cinta padamu’ bagai menjerit keluar darinya bagai memberitahu si penerima..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment